Medal of Honor: Infiltrator ialah permainan video eksklusif untuk konsol handheld Nintendo Game Boy Advance (GBA). Boleh cuba dekat android guna emulator Lemuroid atau RetroArch. Versi pc boleh cuba guna emulator mGBA atau RetroArch.
Medal of Honor: Infiltrator ialah permainan penembak orang ketiga dengan perspektif pandangan dari atas serta merupakan judul keenam dalam siri permainan video Medal of Honor, dan permainan kedua untuk platform Game Boy Advance.
Permainan ini dibangunkan oleh Netherock Ltd. dan diterbitkan oleh EA Games di Amerika Utara pada bulan November 2003, serta di Eropah dan Jepun pada bulan Disember 2003. #gamer #games #gaming



No comments:
Post a Comment