Star Fox Adventures ialah permainan video eksklusif untuk konsol Nintendo GameCube (NGC). Boleh cuba dekat android guna emulator Dolphin.
Star Fox Adventures ialah permainan aksi-pengembaraan tahun 2002 yang dibangunkan oleh Rare dan diterbitkan oleh Nintendo untuk konsol GameCube.
Jalan cerita permainan ini berlatarkan lapan tahun selepas peristiwa dalam Star Fox 64; pemain mengawal watak Fox McCloud yang dihantar dalam satu misi ke Dinosaur Planet di Sistem Lylat untuk menghalang kemusnahan planet tersebut.
Aspek permainan dibahagikan kepada Mod Pengembaraan (Adventure Mode)—di mana pemain meneroka persekitaran sambil menewaskan musuh, menyelesaikan teka-teki, dan mengumpul item—serta Mod Arwing (Arwing Mode) yang menampilkan segmen permainan jenis rail shooter. #gamer #games #gaming



No comments:
Post a Comment