Lego Star Wars: The Complete Saga versi konsol handheld Nintendo DS (NDS). Boleh cuba dekat android guna emulator DraStic, Lemuroid, melonDS atau RetroArch. Versi pc boleh cuba guna emulator DeSmuME, melonDS atau RetroArch.
Lego Star Wars: The Complete Saga ialah permainan video aksi-pengembaraan bertemakan Lego yang diterbitkan pada tahun 2007, berdasarkan siri mainan binaan Lego Star Wars.
Permainan ini dibangunkan oleh Traveller's Tales dan diumumkan oleh LucasArts pada 25 Mei 2007 di acara Celebration IV.
Ia dilancarkan pada 6 November 2007 di Amerika Utara.
The Complete Saga merupakan gabungan daripada judul-judul terdahulu dalam siri Lego Star Wars, iaitu Lego Star Wars: The Video Game (2005) dan kesinambungannya, Lego Star Wars II: The Original Trilogy (2006).
The Complete Saga mengikuti peristiwa dalam enam episod pertama Saga Skywalker. #gamer #games #gaming



No comments:
Post a Comment