Robotron: 2084 versi konsol Atari. Boleh cuba dekat android atau pc guna laman sesawang retrogames.
Robotron: 2084 (juga dikenali sebagai Robotron sahaja) ialah permainan video jenis penembak 'twin-stick' yang dibangunkan oleh Eugene Jarvis dan Larry DeMar daripada Vid Kidz serta dilancarkan oleh Williams Electronics untuk arked pada tahun 1982.
Permainan ini berlatarkan tahun 2084 dalam masa depan distopia, di mana robot telah bangkit menentang manusia dalam satu pemberontakan sibernetik.
Matlamat pemain adalah untuk menewaskan gelombang robot yang tidak berkesudahan, menyelamatkan manusia yang terselamat, dan mengumpul mata sebanyak mungkin. #gamer #games #gaming



No comments:
Post a Comment