Gunbird 2 versi konsol Sega Dreamcast. Boleh cuba dekat android atau pc guna emulator Flycast, Redream atau RetroArch.
Gunbird 2 (ガンバード2, Ganbādo 2) ialah permainan penembak tatal 2D yang dibangunkan oleh Psikyo dan diterbitkan oleh Capcom sebagai susulan kepada Gunbird yang asal.
Permainan ini pada asalnya dilancarkan di arked Jepun pada tahun 1998, kemudian diadaptasi ke konsol Dreamcast pada tahun 2000 dan dikeluarkan di seluruh dunia.
Versi Android telah dilancarkan di Korea pada tahun 2014, sebelum ia dikeluarkan secara global untuk platform Android dan iOS pada tahun 2016.
Permainan arked ini juga disertakan dalam Gunbird Special Edition untuk konsol PlayStation 2.
Satu versi telah dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Jun 2018, Windows pada bulan Jun 2020, serta PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan Ogos 2022. #gamer #games #gaming



No comments:
Post a Comment