Sunday, October 11, 2026

PERFECT DARK M64PLUS FZ PRO ANDROID EMULATOR SNAPDRAGON 8+ GEN 1

Perfect Dark ialah permainan video eksklusif untuk konsol Nintendo 64 (N64). Boleh cuba dekat android guna emulator Lemuroid, M64Plus FZ, M64Plus FZ Pro atau RetroArch. Versi pc boleh cuba guna emulator Project64, RetroArch, RMG atau Simple64.

Perfect Dark ialah permainan video penembak pandangan orang pertama keluaran tahun 2000 yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Rare untuk konsol Nintendo 64.

Sebagai permainan pertama dalam siri Perfect Dark, ia mengisahkan perjalanan Joanna Dark, seorang ejen pusat penyelidikan Carrington Institute, dalam usahanya menggagalkan konspirasi makhluk luar angkasa yang didalangi oleh syarikat pesaing, dataDyne.

Permainan ini menampilkan mod kempen yang memerlukan pemain menyelesaikan beberapa peringkat untuk meneruskan jalan cerita, serta pelbagai pilihan mod berbilang pemain, termasuk mod kerjasama dan tetapan deathmatch tradisional yang melibatkan bot kawalan komputer. #gamer #games #gaming

No comments:

Post a Comment